• Laman Utama PSS
  • Kelab Remaja PSS
  • Hubungi Kami
  • Wednesday, May 20, 2009

    Spesifikasi Tugas

    Unit Pengisian dan Protokol
    • Menyediakan modul-modul pengisian kuliah dasar dan LDK untuk peserta
    • Memastikan kuliah yang disampaikan mencapai matlamat yang telah digariskan
    • Berperanan untuk menjemput penceramah dan menyediakan tajuk yang bersesuaian
    • Menyediakan handout untuk setiap pengisian dengan kerjasama lajnah penerbitan
    • Membuat jadual dan melantik PIC untuk setiap aktiviti
    • Melantik fasilitator
    • Menyediakan borang muhasabah untuk peserta di akhir program
    • Mengetuai dan merancang perjalanan Majlis Penutupan
    • Menyediakan cenderahati VIP dengan bantuan ajk lain

    Unit Penerbitan dan Dokumentasi
    • Menyediakan fail2 dan bahan2 pengisian di dalamnya spt buku tulis,buku program dll dengan kerjasama unit Pengisian dan protokol
    • Mendokumentasikan aktiviti2 program dan data2 peserta untuk kegunaan semasa program dan program akan datang
    • Menyediakan buku program dan membantu unit pengisian dan protokol semasa majlis penutupan
    • Membantu unit pengisian mencari tayangan-tayangan yang berkaitan untuk mengisi masa-masa senggang
    • Mengambil gambar setiap aktiviti dan menyediakan montaj di akhir program dan pemilihan gambar yang sesuai untuk dimuatkan ke dalam blog KRIS, insya ALLAH.

    Unit Makanan dan Jamuan
    • Menyediakan makanan halalan thoyyibah untuk AJK dan peserta
    • Menyenaraikan bahan dan peralatan yang diperlukan
    • Membuat anggaran perbelanjaan
    • Membuat jadual memasak dan mencuci peralatan
    • Membuat menu makanan
    • Memastikan tempat memasak dan ruang makan sentiasa bersih, kemas dan teratur
    • Memastikan setiap peserta mendapat bekalan makanan yang secukupnya
    • Mengenalpasti peserta yang allergic kepada makanan tertentu
    • Memastikan air sentiasa ada sepanjang aktiviti berlangsung untuk muslimin dan muslimat
    • Memastikan makanan HALAL, BERSIH, BERKHASIAT dan SEDAP

    Unit Peralatan dan Persiapan Tempat
    • Berhubung dengan unit pengisian bagi mengenalpasti lokasi setiap aktiviti
    • Menetapkan tempat penginapan, memasak, solat, kuliah, riadah dll
    • Menyediakan peralatan mengikut tempat
    • Membuat tanda dan arah laluan untuk setiap tempat dan memastikan tiada pertembungan dikalangan peserta muslimin dan muslimat semasa program
    • Mendapatkan senarai peralatan yang diperlukan daripada setiap unit
    • Mencari sumber untuk mendapatkan peralatan
    • Menyenaraikan peralatan yang dipinjam
    • Memastikan semua peralatan dalam keadaan yang baik dan mencukupi sebelum pemulangan barang
    • Pastikan peralatan lengkap dan mencukupi sebelum program bermula

    Unit Pameran dan Jualan
    • Membuat jualan barang-barang bermanfaat
    • Mengendalikan pameran sepanjang program

    Unit Penyertaan, kebajikan dan keselamatan
    • Memastikan keseluruhan tapak program dalam keadaan selamat selama program berjalan
    • Memastikan keselamatan muslimin dan muslimat terjamin
    • Menyediakan First Aid sebagai persediaan sekiranya terdapat peserta yang sakit atau cedera
    • Menyediakan jadual dan memastikan sentry bertugas semasa program
    • Memaklumkan kepada setiap sekolah yang terlibat berkenaan program yang akan diadakan
    • Menyediakan senarai nama peserta dan butiran lengkap seperti sekolah,no.hp peserta dll sebagai rujukan pihak berkenaan untuk penilaian
    • Mengenalpasti jumlah akhir peserta yang akan menyertai program dan laporkan kepada MT dan setiap unit secepat mungkin
    • Memastikan proses pendaftaran peserta semasa program berjalan dengan lancar dan teratur

    Unit Pengangkutan dan tugas-tugas khas
    • Menyediakan pengangkutan untuk mengangkut peralatan dan bahan
    • Merancang perjalanan peserta ke tapak program
    • Menyediakan back ground untuk setiap Kuliah Dasar
    • Menyediakan sijil untuk peserta
    • Menyediakan banner program
    • Memastikan kebersihan seluruh kawasan program terjamin dan menyediakan jadual gotong-royong

    Kem Komanden
    • Mengawal disiplin para peserta dan AJK
    • Bekerjasama dengan unit penyertaan, kebajikan dan keselamatan untuk mengawal peserta dan memastikan keselamatan peserta
    • Memastikan tidak ada peserta yang ponteng dalam setiap aktiviti yang dijalankan
    • Menyediakan peraturan bagi keseluruhan program
    • Mengawal masa setiap aktiviti agar perjalanan program berlangsung mengikut tentatif yang telah ditetapkan

    Bendahari
    • Mengutip yuran daripada setiap AJK
    • Memastikan semua ajk membayar yuran
    • Membuat perancangan dan merekod segala kemasukan dan pengeluaran wang
    • Memastikan ada sumber lain diperolehi
    • Bertanggungjawab terhadap sumbangan dan jualan
    • Memantau unit Pameran dan Jualan
    • Berhubung dengan setiap unit yang memerlukan wang
    • Menyediakan laporan lengkap kewangan program

    Setiausaha
    • Menyediakan minit mesyuarat
    • Mengurus segala surat menyurat
    • Mendapatkan data-data peserta dan ajk
    • Memantau unit Penerbitan dan Dokumentasi & Makanan dan Jamuan
    • Menyediakan laporan lengkap aktiviti

    Timbalan Pengerusi
    • Memastikan urusan dengan JAKIM dan perhubungan luar selesai
    • Memastikan semua persiapan program selesai sebelum program berlangsung
    • Memastikan semua perkara berkaitan peserta berada dalam keadaan baik dan sesuai
    • Memantau unit Peralatan dan Persiapan Tempat & Penyertaan, kebajikan dan Keselamatan

    Pengerusi
    • Memastikan bahagian pengisian dan LDK adalah relevan dan bersesuaian
    • Memastikan kelancaran perjalanan program dan keseluruhan
    • Memantau unit Pengisian dan Protokol & Pengangkutan dan Tugas-tugas khas.

    1 comment: