• Laman Utama PSS
  • Kelab Remaja PSS
  • Hubungi Kami
  • Thursday, April 14, 2011

    KRIS '11 TUARAN : CERIA HARI KEDUA & KETIGA

    9 April 2011

     "Tiada masa untuk berpangku tangan"
    Semakin lena (^-^)
     10 April 2011

    Teruskan usaha Lajnah Kebudayaan & Sukan KRUT :)

    “Kita mau jemput SMK Tun Fuad, Kiulu lagi kali ni?
    “Ndak payahlah. Ndak pernah mereka hantar penyertaan dari dulu.”
    “Bagi ja lah. Terpulanglah mereka hantar peserta atau ndak. Lagi pun dengar khabar ada ustazah baru di sana.”

    ……………………………………………………………….

    “Dari sekolah mana ni?”
    “SMK Tun Fuad.”
    “Oooo alhamdulillah, akhirnya ada juga peserta dari SMK Tun Fuad.”
    “Ramai lagi yang mau ikut ni tapi lima orang ja yang mampu dibawa. Ini ja yang muat di kereta. 102 orang pelajar Islam di sana”
    “Ndak pa lain kali yang lain pula ikut.”
     “Datanglah buat program di sana. Mereka di sana memang sangat memerlukan. Boleh buat di surau.”
    “Boleh juga. Nantilah kita runding kemudian, insya-Allah.”

    ……………………………………………………………

    Tujuh daripada Sembilan buah sekolah menengah di Daerah Tuaran menyertai Kem Remaja Islam Tuaran kali ini. Ini termasuk SMK Tun Fuad, Kiulu dan SM St. James, Tenghilan yang menghantar penyertaan buat pertama kali. Alhamdulillah.
    Tiga hari berkampung di Masjid An-Nur, Tuaran rasa tidak cukup. Komitmen para AJK dan fasilitator amat memberangsangkan. Begitu juga dengan kerjasama daripada para peserta. Tambah meriah lagi dengan kunjungan sahabat-sahabiah KRU dan PSS dari kawasan-kawasan lain. Medan mengeratkan silaturrahim. Terima kasih semua!
    Mustahil tidak ada kekurangan. Namun itu bukan alas an untuk kita tidak berprogram. Sebarang kelemahn jadikan sempadan untuk masa hadapan. Teruskan perjuangan. Perjalanan kita masih panjang.

    …………………………………………………………………..

    Post mortem akhir.
    Kem kom : “Saya minta maaf diatas segala kekurangan. Nampakyan kem kom muslimat lebih advance dari saya. Bagilah sebarang teguran untuk memperbaiki kekurangan saya. Rasa mau lagi jadi kem kom. Macam best pulak.”

    Wednesday, April 13, 2011

    KEM REMAJA ISLAM (KRIS '11) TUARAN : WARNA-WARNI HARI PERTAMA

    8 April 2011

      
    Taklimat AJK@Fasilitator
    Post mortem pertama

    Sukarnya melakar sebuah pertemuan. Hari berganti hari, berganti minggu, malah berganti bulan pertemuan masih tergantung. Masing-masing punya kekangan, silih berganti. Tidak boleh dibiarkan erterusan begini. Kena atur strategi bagi mengelakkan kerja last minute. Balik dari Kem Motivasi Pelajar Islam SMK Tenghilan, kami ahli KRU Tuaran menyinggah seketika di satu rumah yang sudah tidak asing lagi bagi kami. Maka berlangsunglah mesyuarat KRIS Tuaran pertama walau tanpa pengarah. Agenda utama lantikan dan pembahagian tugas-tugas penting (AJK Pengisian dan Penerbitan, AJK Persiapan Tempat, AJK Sumbangan & Tajaan dan AJK Penyertaan).

    Masa terus berlalu, namun usaha mengatur pertemuan masih tipis. Mujur, malam qiam Mac KRU Tuaran pengarah dan AJK Pengisian dari pihak sana dapat meluangkan sedikit masa mendengar perkembangan gerak kerja KRIS setakat itu. Inilah mesyarat KRIS Tuaran Kedua.

    Terus menunggu. Akhirnya, hari sabtu seminggu sebelum tarikh KRIS Tuaran barulah mesyuarat gabungan semua AJK dapat dilaksanakan, mesyuarat ketiga. Melihat bilangan sumber tenaga yang ramai memberi kekuatan gerak kerja AJK-AJK lain akan mudah dilaksanakan berbekalkan usaha,doa dan tawakal.

    Tanggal 8 April 2011 bermulalah detik itu, KRIS ’11 Tuaran.