• Laman Utama PSS
  • Kelab Remaja PSS
  • Hubungi Kami
  • Tuesday, April 14, 2009

    Tuaran Pemula Menyemarakkan Bahang KRIS!!!

    SMK Sri Nangka, Tuaran menjadi tuan rumah program tahunan Kem Remaja Islam (KRIS) pada tahun ini, menjadikan KRIS Tuaran program pertama seumpamanya pada tahun ini. KRIS Tuaran akan disusuli oleh KRIS Pitas pada 10-12 April 2009, diikuti KRIS Kota Kinabalu, Kota Belud dan Sipitang di pantai barat Sabah

    KRIS Tuaran disertai oleh 127 orang peserta daripada 8 buah sekolah di kawasan Tuaran, iaitu SMK Sri Nangka, SMK Badin, SMK Tamparuli, SMK Tenghilan, SM St. John, SM St. James, SMK Desa Wawasan dan SMK Sg. Damit. SMK Kiulu tidak dapat menghantar peserta. Tenaga pelaksana dan fasilitator seramai hampir 55 orang terdiri daripada mahasiswa UMS, Politeknik Kota Kinabalu dan Institut Perguruan Kent, Tuaran.

    Alhamdulillah, program berjalan dengan lancar, dan menjanjikan anjakan paradigma di pihak peserta, pelaksana dan fasilitator program. PSS merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan KRIS Tuaran 2009, seterusnya menjemput semua menjayakan Program KRIS di daerah-daerah lain. Tahniah KRIS Tuaran!

    No comments:

    Post a Comment