• Laman Utama PSS
  • Kelab Remaja PSS
  • Hubungi Kami
  • Wednesday, March 25, 2009

    Mesyuarat MT-Ketua AJK KRIS Tuaran...



    Tuaran - Pada 16 Mac yang lalu telah diadakan mesyuarat di antara pihak sekolah, Majlis Tertinggi (MT) dan Ketua-ketua Bahagian. Mesyuarat tersebut telah diadakan di bilik mesyuarat SMK Sri Nangka dan dihadiri seramai 17 orang ahli mesyuarat.

    Setelah selesai membentangkan laporan perkembangan gerak kerja setiap AJK, pihak sekolah telah membawa ahli mesyuarat semua untuk meninjau persekitaran sekolah yang menjadi pilihan KRIS '09 kali ini. Mudah-mudahan segala urusan dipermudahkannya, InsyaAllah...(^_^)

    Mesyuarat MT-Pengisian KRIS Tuaran...




    Tuaran - Pada 10 Mac baru-baru ini telah diadakan mesyuarat dia antara Majlis Tertinggi (MT) dan AJK Pengisian program KRIS Tuaran. Seramai 11 orang telah menghadiri mesyuarat ini yang telah dipengerusikan sendiri oleh pengarah program Sdra Muhd Feiz. Berikut adalah agenda mesyuarat pada malam tersebut :

    Agenda Mesyuarat :

    Buka Majlis
    Tazkirah
    Pembentangan Tentatif
    Pembentangan LDK & Fasilitator
    Pembentangan Explorace
    Hal-hal berbangkit

    Wednesday, March 11, 2009

    Tentatif KRIS Tuaran '09

    Hari pertama

    Petang
    : Taklimat

    Maghrib
    : Solat maghrib
    : Kuliah maghrib (Niat)

    Malam
    : Solat Isyak
    : Kuliah Dasar 1 (Akidah)
    : LDK1 (1-Ta'aruf, 2- ldk akidah)
    : Bacaan surah Al-Mulk
    : Himpun Daya

    Hari Kedua

    Pagi
    : Qiamullail
    : Solat Subuh
    : Al-ma'thurat
    : Kuliah subuh ( Ukhuwwah)
    : Riadah
    : Kuliah Dasar 2 (Ibadah)
    : LDK2

    Tengah hari
    : Solat Zohor

    Petang
    : Kuliah Dasar 3 (Akhlak)
    : LDK3

    Maghrib
    : Solat maghrib
    : Kuliah maghrib (Slot khas-The beauty of Islam)

    Malam
    : Solat Isyak
    : Malam penghayatan
    : LDK extra (respon peserta selepas slot penghayatan)
    : Bacaan surah Al-Mulk
    : Himpun daya

    Hari Ketiga

    Pagi
    : Qiamullail
    : Tazkirah ringkas(Dibuat berasingan muslimin muslimat)
    : X-plorace
    : Slot muhasabah program
    : Resolusi
    : Majlis penutupan.............

    Monday, March 9, 2009

    Mesyuarat Pertama KRIS Tuaran...


    Tuaran - Pada 06 Mac baru-baru ini telah diadakan mesyuarat Pertama Kem Remaja Islam (KRIS) kawasan Tuaran. Seramai 47 orang ahli jawatankuasa dan majlis tertinggi KRIS telah menghadiri mesyuarat ini termasuk Setiausaha dan wakil Exco Pembangunan Pelajar PSS pusat. Berikut adalah sedikit perjalanan mesyuarat pertama KRIS Tuaran.

    Agenda Mesyuarat :

    • Buka Majlis
    • Tazkirah
    • Pengenalan Program
    • Perlantikan AJK dan pemantau
    • Penjelasan Tugas setiap bahagian
    • Perkembangan Program dan pelan tindakan
    • Hal-hal berbangkit

    Pengenalan Program :

    • Tempat : SMK Sri Nangka
    • Tarikh : 03-05 April 2009
    • Peserta : 150 orang pelajar tingkatan 4-6 sekitar Tuaran
    • Tema program : "The Beauty Of Islam"
    • Yuran peserta : RM 5, Yuran AJK : RM 10

    Pesanan :

    - Perhatian kepada setiap AJK yang telah dilantik agar dapat mengadakan mesyuarat dalam kalangan AJK bersama ahli masing2.

    - Mesyuarat MT bersama Ketua atau wakil AJK seterusnya akan diadakan pada 16 Mac 2009, jam 2 petang, di Masjid Tuaran.

    - Mesyuarat MT dan AJK Pengisian akan diadakan pada 10 Mac 2009, 8.30 Malam, Surau IPG Kent.

    - Sebarang masalah bolehlah terus menghubungi :

    • Pengarah (Sdra Feiz) : 0148618269
    • T. Pengarah (Sdri Syima) : 0148621237

    Wednesday, March 4, 2009

    Mesyuarat MT KRIS Tuaran...



    Tuaran - Pada 04 Mac baru-baru ini telah diadakan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) KRIS bagi membincangkan beberapa agenda...Mesyuarat ini di hadiri oleh semua MT KRIS Tuaran termasuk Setiausaha dan wakil Exco Pembangunan Pelajar PSS pusat...Mudah-mudahan segala persiapan dan perancangan KRIS Tuaran ini dipermudahkanNya...Wallahua'lam...