• Laman Utama PSS
  • Kelab Remaja PSS
  • Hubungi Kami
  • Thursday, September 17, 2009

    KEM REMAJA ISLAM PUTATAN

    Pelik...Hairan...

    Mungkin itulah perkataan-perkataan yang terpacul dari mulut beberapa orang ahli PSS. Ya...kenapa tiba-tiba ada KRIS PUTATAN??? Bukankah sekarang nih kita telah melalui fasa KRC dan bakal menempuh ISC???

    Apapun persoalan yang timbul, itu bukanlah masalah kepada pengarah KRIS Putatan, Saudara Afifie. Niat untuk membangunkan remaja Putatan perlu diteruskan. Hasilnya, program ini berjaya dilaksanakan walaupun secara add-hoc. Syabas kepada Pengarah dan Krew-krew KRIS Putatan.(Lihat Lampiran 1dan 2)




    Lampiran 1


    Lampiran 2

    Monday, June 15, 2009

    Laporan KRIS KK 09 SMK Tobobon, Kota Kinabalu


    Alhamdulillah, syukur dipanjatkan ke hadrat ALLAH SWT kerana dengan izin dan rahmat kasih sayangNya, KRIS KK 09 kali pertama dapat dilaksanakan dengan jayanya dengan usaha gigih dan komitmen penuh yang diberikan oleh ajk-ajk pelaksana dan semua yang terlibat dalam menjayakannya. Syukran jazilan diucapkan. Hanya ALLAH SWT sahaja yang mampu membalas segala jasa dan pengorbanan kalian. Semoga ianya diterima baik di sisi ALLAH, insya ALLAH.

    Seramai 130 peserta Muslimin dan Muslimat tingkatan 3-6 dari 18 buah sekolah sekitar Kota Kinabalu dan beberapa sekolah dari daerah berhampiran telah mengikuti KRIS KK kali ini, Alhamdulillah. Antara sekolah yang terlibat ialah SMK Tobobon, SMK Sanzac, SMK (P) Likas, SMK Likas, SM Teknik Likas, SMK Bandaraya, SM Sains Sabah, SMK(A)KK, SMK(A)Inanam, SMK(A)Toh Puan, SMK(A)Mohd Ali, SMK Bandaraya, SMK Kolombong, SMK Lok Yuk, SMK Konven St Francis, SMK St Peter Telipok, SMK Tamparuli dan SMK Badin. Tahniah diatas penyertaan anda.

    Sepanjang program berlangsung, para peserta didedahkan dengan pengisian rohani dan jasmani dari pelbagai bentuk dan pendekatan yang dirancang baik oleh pihak ajk pelaksana walaupun tidak dapat dinafikan masih terdapat beberapa masalah dan kekurangan yang tidak dapat dielakkan. Namun begitu, diharap para peserta mendapat seberapa banyak input-input berguna dan penting untuk menjadikan kita berubah ke arah yang lebih baik dari sebelumnya. Kami hanya mampu melakukan sedaya yang kami termampu namun semuanya terletak kepada diri peserta dan atas ketentuan ALLAH SWT jua.

    Peserta tiba pada petang Isnin dan program bermula dengan taklimat program dan disiplin yang disampaikan oleh ajk pengisian dan Kem Komanden Program. Para peserta dihidang dengan santapan rohani berupa Kuliah Maghrib, Kuliah Subuh, Kuliah Dasar, Qiamullail, Malam Mencari Redha Ilahi dan Malam Penghayatan sepanjang program tersebut dengan harapan para peserta mampu memupuk kesedaran dan keinsafan dalam diri disamping memperbaiki diri untuk menjadi muslim yang sejati. Selain itu, slot pengukuhan kefahaman dan penghayatan peserta telah dilaksanakan melalui Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dengan bimbingan dan didikan fasi-fasi yang mempunyai bakat dan kemahiran berbeza ini sememangnya mengharapkan perubahan positif dikalangan peserta. Aktiviti melibatkan pergerakan fizikal dan mental juga diadakan seperti Xplorace dan riadah pula memberi peluang peserta merenggangkan otot-otot badan dan menghirup udara segar di luar, malah memberi peluang untuk mengeratkan ukhuwah sesama mereka disamping mengurangkan tekanan dan keletihan yang dialami. Slot gotong-royong dan lambaian ukhuwah mengakhiri Program KRIS KK 09 pada Rabu petang.

    KRIS KK 09 SMK Tobobon dengan seribu satu kenangan dan harapan yang menggunung mendamba untuk direalisasikan melalui tindakan para peserta dan ajk selepas tamat program nanti. Doa kami dari pihak penganjur semoga para peserta tidak mensia-siakan peluang yang telah diberikan oleh ALLAH kepada kita sebagai hamba-hambaNya yang terpilih, alhamdulillah. Namun begitu, kepada mereka yang berminat namun tidak berpeluang mengikuti KRIS kali ini diharap dapat menerima dengan hati yang terbuka dan tidak berputus asa untuk mengikuti program-program bermanfaat dan membentuk jiwa seperti ini pada masa akan datang. Mudah-mudahan program ini dapat diteruskan di masa depan dengan lebih efektif dan mampu melahirkan masyarakat yang cintakan ISLAM dan beramal dengannya, insya ALLAH. Juga semoga usaha murni ini mendapat redha dan kasih sayang ALLAH kerana penganjuran progam ini tidak lain hanyalah kerana ALLAH semata-mata, insya ALLAH...TAKBIR!

    Wednesday, May 20, 2009

    Ringkasan Persiapan Program

    Mesyuarat kali Pertama (MT dan Ketua-ketua unit)
    Tarikh: 12 April 2009 (Ahad)
    Masa: 9.30 pagi
    Tempat: Surau Al-Ikhwan, Taman Kuala Menggatal, Kota Kinabalu.
    Agenda: Pembentangan dan penyelarasan gerak kerja

    Mesyuarat kali ke-2 (Semua ajk)
    Tarikh: 2 Mei 2009 (Sabtu)
    Masa: 10.30 pagi
    Tempat: Surau SMK Tobobon
    Agenda:
    1. Pembentangan dan penyelarasan gerak kerja
    2. Perbincangan mengikut unit
    3. Perbincangan masalah yang dihadapi dan cadangan penyelesaian

    Mesyuarat kali ke-3 (Semua ajk)
    Tarikh: 17 Mei 2009 (Ahad)
    Masa: 10.30 pagi
    Tempat: Surau SMK Tebobon
    Agenda:
    1. Pembentangan dan penyelarasan gerak kerja
    2. Perbincangan mengikut unit
    3. Perbincangan masalah yang dihadapi dan penyelesaian yang diambil

    Mesyuarat Kali ke-4 (Semua ajk)
    Tarikh: 24 Mei 2009 (Ahad)
    Masa: 10.00 pagi
    Tempat: Surau SMK Tebobon
    Agenda:
    1. Pembentangan gerak kerja yang telah dibuat dan masalah yang dihadapi
    2. Perbincangan penyelesaian masalah yang dihadapi
    3. Pecutan akhir persiapan dan penilaian persiapan program

    Kursus Induksi AJK dan Fasilitator
    Tarikh: 31 Mei 2009 (Ahad)
    Masa: 10.00 pagi
    Tempat: Surau SMK Tebobon

    Spesifikasi Tugas

    Unit Pengisian dan Protokol
    • Menyediakan modul-modul pengisian kuliah dasar dan LDK untuk peserta
    • Memastikan kuliah yang disampaikan mencapai matlamat yang telah digariskan
    • Berperanan untuk menjemput penceramah dan menyediakan tajuk yang bersesuaian
    • Menyediakan handout untuk setiap pengisian dengan kerjasama lajnah penerbitan
    • Membuat jadual dan melantik PIC untuk setiap aktiviti
    • Melantik fasilitator
    • Menyediakan borang muhasabah untuk peserta di akhir program
    • Mengetuai dan merancang perjalanan Majlis Penutupan
    • Menyediakan cenderahati VIP dengan bantuan ajk lain

    Unit Penerbitan dan Dokumentasi
    • Menyediakan fail2 dan bahan2 pengisian di dalamnya spt buku tulis,buku program dll dengan kerjasama unit Pengisian dan protokol
    • Mendokumentasikan aktiviti2 program dan data2 peserta untuk kegunaan semasa program dan program akan datang
    • Menyediakan buku program dan membantu unit pengisian dan protokol semasa majlis penutupan
    • Membantu unit pengisian mencari tayangan-tayangan yang berkaitan untuk mengisi masa-masa senggang
    • Mengambil gambar setiap aktiviti dan menyediakan montaj di akhir program dan pemilihan gambar yang sesuai untuk dimuatkan ke dalam blog KRIS, insya ALLAH.

    Unit Makanan dan Jamuan
    • Menyediakan makanan halalan thoyyibah untuk AJK dan peserta
    • Menyenaraikan bahan dan peralatan yang diperlukan
    • Membuat anggaran perbelanjaan
    • Membuat jadual memasak dan mencuci peralatan
    • Membuat menu makanan
    • Memastikan tempat memasak dan ruang makan sentiasa bersih, kemas dan teratur
    • Memastikan setiap peserta mendapat bekalan makanan yang secukupnya
    • Mengenalpasti peserta yang allergic kepada makanan tertentu
    • Memastikan air sentiasa ada sepanjang aktiviti berlangsung untuk muslimin dan muslimat
    • Memastikan makanan HALAL, BERSIH, BERKHASIAT dan SEDAP

    Unit Peralatan dan Persiapan Tempat
    • Berhubung dengan unit pengisian bagi mengenalpasti lokasi setiap aktiviti
    • Menetapkan tempat penginapan, memasak, solat, kuliah, riadah dll
    • Menyediakan peralatan mengikut tempat
    • Membuat tanda dan arah laluan untuk setiap tempat dan memastikan tiada pertembungan dikalangan peserta muslimin dan muslimat semasa program
    • Mendapatkan senarai peralatan yang diperlukan daripada setiap unit
    • Mencari sumber untuk mendapatkan peralatan
    • Menyenaraikan peralatan yang dipinjam
    • Memastikan semua peralatan dalam keadaan yang baik dan mencukupi sebelum pemulangan barang
    • Pastikan peralatan lengkap dan mencukupi sebelum program bermula

    Unit Pameran dan Jualan
    • Membuat jualan barang-barang bermanfaat
    • Mengendalikan pameran sepanjang program

    Unit Penyertaan, kebajikan dan keselamatan
    • Memastikan keseluruhan tapak program dalam keadaan selamat selama program berjalan
    • Memastikan keselamatan muslimin dan muslimat terjamin
    • Menyediakan First Aid sebagai persediaan sekiranya terdapat peserta yang sakit atau cedera
    • Menyediakan jadual dan memastikan sentry bertugas semasa program
    • Memaklumkan kepada setiap sekolah yang terlibat berkenaan program yang akan diadakan
    • Menyediakan senarai nama peserta dan butiran lengkap seperti sekolah,no.hp peserta dll sebagai rujukan pihak berkenaan untuk penilaian
    • Mengenalpasti jumlah akhir peserta yang akan menyertai program dan laporkan kepada MT dan setiap unit secepat mungkin
    • Memastikan proses pendaftaran peserta semasa program berjalan dengan lancar dan teratur

    Unit Pengangkutan dan tugas-tugas khas
    • Menyediakan pengangkutan untuk mengangkut peralatan dan bahan
    • Merancang perjalanan peserta ke tapak program
    • Menyediakan back ground untuk setiap Kuliah Dasar
    • Menyediakan sijil untuk peserta
    • Menyediakan banner program
    • Memastikan kebersihan seluruh kawasan program terjamin dan menyediakan jadual gotong-royong

    Kem Komanden
    • Mengawal disiplin para peserta dan AJK
    • Bekerjasama dengan unit penyertaan, kebajikan dan keselamatan untuk mengawal peserta dan memastikan keselamatan peserta
    • Memastikan tidak ada peserta yang ponteng dalam setiap aktiviti yang dijalankan
    • Menyediakan peraturan bagi keseluruhan program
    • Mengawal masa setiap aktiviti agar perjalanan program berlangsung mengikut tentatif yang telah ditetapkan

    Bendahari
    • Mengutip yuran daripada setiap AJK
    • Memastikan semua ajk membayar yuran
    • Membuat perancangan dan merekod segala kemasukan dan pengeluaran wang
    • Memastikan ada sumber lain diperolehi
    • Bertanggungjawab terhadap sumbangan dan jualan
    • Memantau unit Pameran dan Jualan
    • Berhubung dengan setiap unit yang memerlukan wang
    • Menyediakan laporan lengkap kewangan program

    Setiausaha
    • Menyediakan minit mesyuarat
    • Mengurus segala surat menyurat
    • Mendapatkan data-data peserta dan ajk
    • Memantau unit Penerbitan dan Dokumentasi & Makanan dan Jamuan
    • Menyediakan laporan lengkap aktiviti

    Timbalan Pengerusi
    • Memastikan urusan dengan JAKIM dan perhubungan luar selesai
    • Memastikan semua persiapan program selesai sebelum program berlangsung
    • Memastikan semua perkara berkaitan peserta berada dalam keadaan baik dan sesuai
    • Memantau unit Peralatan dan Persiapan Tempat & Penyertaan, kebajikan dan Keselamatan

    Pengerusi
    • Memastikan bahagian pengisian dan LDK adalah relevan dan bersesuaian
    • Memastikan kelancaran perjalanan program dan keseluruhan
    • Memantau unit Pengisian dan Protokol & Pengangkutan dan Tugas-tugas khas.

    Tentatif Program

    1 Jun 2009 (Isnin)

    2.00 Petang: Pendaftaran /Tayangan Kekasih yang ku rindui
    3.21 Petang: Solat Asar Berjemaah
    4.00 petang: Taklimat Disiplin
    5.30 petang: Khidmat Diri/Makan malam
    6.26 petang: Solat Maghrib/Tazkirah (Kenapa Aku Di sini?)/ Ta'aruf ajk dan fasi
    7.35 petang: Solat Isya' Berjemaah
    8.00 malam: Kuliah Dasar 1 (Akidah dan tuntutannya)
    9.30 malam: LDK 1 (1. Ta'aruf: Selama ini ku mencari-cari. 2. Akidah: Sekukuh simpulan tali)
    11.00 malam: Minum malam
    11.15 malam: Halaqah Al-Mulk
    11.30 malam: Himpunan Daya

    2 Jun 2009 (Selasa)

    4.00 pagi: Qiammullail
    4.46 pagi: Solat Subuh/ Al-Ma'thurat
    5.30 pagi: Kuliah Subuh
    6.30 pagi: Riadhah
    7.15 pagi: Sarapan
    7.35 pagi: Khidmat diri
    8.00 pagi: Kuliah Dasar 2 ( Konsep Ibadah Dalam Islam)
    10.00 pagi: Minum pagi
    10.30 pagi: LDK 2 (Nikmat sebotol air)
    12.22 t/hari: Solat Zohor/Makan
    2.00 petang: Kuliah Dasar 3 (Akhlak Bunga Diri)
    3.21 petang: Solat Asar/ Al-Ma'thurat
    4.00 petang: LDK 3 (Antara mutiara dan kaca)
    5.30 petang: Makan malam/ Khidmat diri
    6.25 petang: Solat maghrib/ Kuliah maghrib slot khas ; Discovery The Beauty of Islam
    7.35 petang: Solat Isya'
    8.00 malam: Malam mencari Kekasih
    10.00 malam: LDK 4 (Respon)
    11.00 malam: Minum malam
    11.15 malam: Bacaan Surah Al-Mulk
    11.30 malam: Himpun Daya

    3 Jun 2009 (Rabu)

    4.00 pagi: Qiammullail
    4.46 pagi: Solat Subuh/ Al-Ma'thurat
    5.40 pagi: Sarapan
    6.00 pagi: X-plorace
    8.00 pagi: Khidmat Diri
    8.30 pagi: LDK 5 (Slot Muhasabah)/ Minum pagi
    10.00 pagi: Resolusi
    10.30 pagi: Majlis Penutupan
    12.30 t/hari: Solat Zohor
    1.30 petang: Gotong-royong
    2.30 petang: Bersurai








    Butiran Program KRIS KK '09

    Kem Remaja Islam Kota Kinabalu 2009

    Tarikh: 1-3 Jun 2009 / 7-9 Jamadilakhir 1430H
    Tempat: SMK Tobobon, Kota Kinabalu
    Sasaran: Pelajar Tingkatan 3, 4, 5 dan 6 sekitar Kota Kinabalu
    Yuran peserta: RM 5 sahaja

    Ahli Jawatankuasa Pelaksana

    PENAUNG

    Pn. Zaridah Hj Mohd Junaidi

    Pengetua SMK Tobobon


    PENASIHAT

    En. Bunyamin Bin Bakri

    Presiden Persatuan Siswazah Sabah (PSS)


    PENASIHAT 2

    Ustazah Haflah Binti Haji Yusoff


    PENASIHAT 3

    Mohd Fairuz Bin Bend

    Setiausaha Persatuan Siswazah Sabah (PSS)


    PENGARAH PROGRAM

    Mohd Iskhandar Bin Mohd Yassin


    TIMBALAN PENGARAH

    Renifezri Bin Mohamad


    SETIAUSAHA

    Ustazah Asmah binti Ismail


    TIMBALAN SETIAUSAHA

    Azie Nor Mazwani Binti Shahari


    BENDAHARI

    Ustazah Salwa Binti Ahmad


    TIMBALAN BENDAHARI

    Rita Binti Radin


    KEM KOMANDEN

    Mohd Fairuz Bin Bend

    Hasnidar Binti Iskandar


    UNIT PENGISIAN DAN PROTOKOL

    - Ustazah Ruzilawati Binti Abdul Latip

    - Mohd Al Amin Bin Hj Utoh Said

    - Siti Azinni Binti Salimin

    - Rapidah Binti Pare

    - Fasilitator


    UNIT PENERBITAN DAN DOKUMENTASI

    - Ustazah Siti Shalehah Binti Suparman

    - Ustazah Siti Zara’ah Binti Hj Bakar

    - Mohd Azrin Bin Adam

    - Siti Maryam Binti Dawalih

    - Sharimah Binti Sakka

    - Nuremaliza Binti Mohd Ghazali


    UNIT PERALATAN DAN PERSIAPAN TEMPAT

    - Uztaz Mohd Ezri Bin Mohd Moktar

    - Mohd Fanshuri Bin Badaruddin

    - Saiful Adilin Bin Abd. Latif

    - Mohd Azmeer

    - Mohd Shahril Bin Salimin

    - Nurul Insyirah Binti Sunoto

    - Noor Binti Tenri


    UNIT MAKANAN DAN JAMUAN

    - Ustazah Sitti Marwani Binti Baidang

    - Mohd Zainal

    - Noor Juraimmey Binti Ladim

    - Noraziah Binti Ali Akbar

    - Nurizzatie Binti Bend

    - Irawan Binti Ridduan

    - Dalily Syazanah Binti Lamjin


    UNIT PENYERTAAN DAN KESELAMATAN

    - Ustaz Mohd Fauzi Bin Ghazalie

    - Ustazah Norlina Binti Puishlan

    - Mohd Shahfieq Bin Sabdin

    -Jass Azliezan Bin Jasili

    - Mohd Zamani Bin Adam

    - Hasnidar Binti Iskandar

    - Rusneyni Binti Rumzi


    UNIT PAMERAN DAN JUALAN

    - Mohd Jamil

    - Nur Suhaila Binti Lani

    - Saidatul Erma Binti Saudin

    - Eqah Viannie Binti Lentim


    PENGANGKUTAN DAN TUGAS-TUGAS KHAS

    - Ustazah Robiati Binti Ahmad

    - Ustazah Siti Aziah Binti Juplee

    - Mohd Shazwan @ Rendy Bin Ismail

    - Mohd Hannafi Bin Mohd Muktah Kasah

    - Amirudin Bin Drus

    - Misran Bin Abdullah

    - Hanapia Bin Yusup

    Thursday, April 23, 2009

    Tentatif KRIS Papar....

    TENTATIF PROGRAM
    KEM REMAJA ISLAM PAPAR 2009 (KRIS PAPAR ‘09)
    SMKA LIMAUAN, PAPAR

    24 APR 2009 (JUMAAT)

    5.00ptg : Pendaftaran Peserta
    6.30ptg : Solat Maghrib / Zikir Munajat / Tazkirah ‘Niat” / Taklimat / Solat Isyak
    8.30mlm : Ceramah 1 ”Aqidah Tunjang Kehidupan”
    10.00mlm : LDK 1 – Taaruf / Pembentukan Kumpulan
    11.00mlm : Minum malam
    11.30mlm : Bacaan Al-Mulk / Himpun Daya

    25 APR 2009 (SABTU)

    4.00pg : Qiyamullail / Solat Subuh / Zikir Munajat / Tazkirah
    5.30pg : LDK 2
    6.45pg : Riadah
    7.30pg : Sarapan Pagi / Khidmat Diri
    8.30pg : Ceramah 2 ”Ibadah dalam Kehidupan”
    10.00pg : Minum pagi
    10.30pg : Tayangan Dokumentari “ Dunia Islam”
    11.30pg : Pengenalan KRU
    12.30t/h : Solat Zohor / Makan Tengahari
    2.00ptg : LDK 3
    3.40ptg : Solat Asar
    4.30ptg : Riadah
    5.20ptg : Makan Malam / Khidmat Diri
    6.30ptg : Solat Maghrib / Zikir Munajat / Kuliah Maghrib ’Discover the Beauty of
    Islam / Solat Isyak
    8.30mlm : Ceramah 3 ”Akhlak dalam Kehidupan Muslim”
    10.00mlm : Minum Malam
    10.30mlm : Malam Merindu Kekasih
    11.30mlm : Bacaan Al-Mulk / Himpun Daya

    26 APR 2009 (AHAD)

    4.00pg : Qiyamullail / Solat Subuh / Zikir Munajat / Tazkirah ‘Tanggungjawab
    Remaja Islam’
    6.00pg : Sarapan Pagi
    6.30pg : Eksplorasi Islami
    8.30pg : Khidmat Diri
    9.00pg : LDK 4 : Muhasabah Program / Minum Pagi
    10.00pg : Resolusi
    10.30pg : Majlis Penutupan
    12.30t/h : Solat Zohor / Lambaian Ukhuwwah

    AJK KRIS PAPAR....

    AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
    KEM REMAJA ISLAM PAPAR (KRIS PAPAR ‘09)
    SMKA LIMAUAN, PAPAR

    JAWATANKUASA TERTINGGI


    Penaung : Pengetua
    SMKA Limauan, Papar

    Penasihat : Sdr Bunyamin Bin Bakri
    Presiden Persatuan Siswazah Sabah(PSS)

    Ketua Pengarah : Sdr Mohd Fairuz Bin Bend

    Timb Pengarah I : Sdr Nadir Al-Nuri Kamaruzaman

    Timb Pengarah II : Sdri Siti Faridah Saidin

    Setiausaha : Sdri Haslina Mohd. Ali

    Bendahari : Sdri Hidayah


    JAWATANKUASA KERJA

    Pengisian & kerohanian :

    Mohd Faiz Bin Abd Razak
    Siti Rohana Norakim

    Disiplin & Keselamatan :

    Nadir Al-Nuri Kamaruzaman
    Nik Syuhada’

    Makanan & Minuman :

    Misran
    Haslina Mohd. Ali / Nurul Insyirah / Siti Sarah

    Peralatan & Persiapan Tempat :

    Pengangkutan :

    Mohd Fairuz bin Bend
    Siti Faridah Saidin

    Kebajikan &Tugas2 Khas :

    Jamil Siamit
    Siti Maryam Dawali

    Pameran :

    Siti Sarah Mohamad / Nurul Insyirah

    Fasi Muslimat :

    1. Rohana
    2. Rosmawati
    3. Maryam
    4. Hidayah
    5. Azie
    6. Nasimah
    7. Faridah

    Fasi Muslimin :

    1. Renifezri
    2. Sabarullah
    3. Jamil Siamit

    Maklumat KRIS Papar!!!

    KEM REMAJA ISLAM PAPAR 2009 (KRIS ’09)
    24 HINGGA 26 APRIL 2009
    SMK (A) LIMAUAN, PAPAR
    DISCOVER THE BEAUTY O ISLAM

    * Mesyuarat pertama telah diadakan pada 19 April yang lepas setelah selesai program Qiam KRU Tuaran. Sedikit perkongsian tentang agenda mesyuarat tersebut :

    1) Buka Majlis
    2) Tazkirah
    3) Posmortem KRIS Pitas
    4) Pengenalan KRIS Papar
    5) Pembentukan AJK KRIS Papar
    6) Penjelasan tugas
    7) Hal-hal lain

    Mesyuarat selesai pada jam 12 tengahari....(^^)

    Tuesday, April 14, 2009

    Mesyuarat pertama KRISKB 09

    Salam perjuangan...

    12 April 09 (Ahad): Mesyuarat pertama Kem Remaja Islam Kota Belud 2009 telah diadakan dengan kehadiran ajk2 dari PSSKB dan KRUKB selepas selesai program kepimpinan yang bertempat di SMKA Tun Said. Antara agenda yang telah dibincangkan ialah:

    1. perkembangan KRIS
    Tarikh : 30 Mei- 1 Jun 09
    Tempat : SMK Pekan 2 Kota Belud
    2. Belanjawan
    3. Ahlijawatankuasa
    4. Hal-hal lain

    u/p:- memandangkan tarikh KRISKB diawalkan atas permintaan pihak sekolah, semua sahabat-sahabat penggerak PSSKB diminta melapor tarikh kepulangan anda ke kawasan untuk membantu gerak kerja di kawasan. Bagi yang Latihan Industri (LI) semasa cuti, sila maklumkan tempat LI juga...- sila laporkan tarikh kepulangan anda dengan s/u PSSKB (0135436034) atau emel pss_kb@yahoo.com. Kerjasama anda amatlah diharapkan...terima kasih...

    Sumber : psskb.blogspot.com

    Tuaran Pemula Menyemarakkan Bahang KRIS!!!

    SMK Sri Nangka, Tuaran menjadi tuan rumah program tahunan Kem Remaja Islam (KRIS) pada tahun ini, menjadikan KRIS Tuaran program pertama seumpamanya pada tahun ini. KRIS Tuaran akan disusuli oleh KRIS Pitas pada 10-12 April 2009, diikuti KRIS Kota Kinabalu, Kota Belud dan Sipitang di pantai barat Sabah

    KRIS Tuaran disertai oleh 127 orang peserta daripada 8 buah sekolah di kawasan Tuaran, iaitu SMK Sri Nangka, SMK Badin, SMK Tamparuli, SMK Tenghilan, SM St. John, SM St. James, SMK Desa Wawasan dan SMK Sg. Damit. SMK Kiulu tidak dapat menghantar peserta. Tenaga pelaksana dan fasilitator seramai hampir 55 orang terdiri daripada mahasiswa UMS, Politeknik Kota Kinabalu dan Institut Perguruan Kent, Tuaran.

    Alhamdulillah, program berjalan dengan lancar, dan menjanjikan anjakan paradigma di pihak peserta, pelaksana dan fasilitator program. PSS merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan KRIS Tuaran 2009, seterusnya menjemput semua menjayakan Program KRIS di daerah-daerah lain. Tahniah KRIS Tuaran!

    Wednesday, March 25, 2009

    Mesyuarat MT-Ketua AJK KRIS Tuaran...



    Tuaran - Pada 16 Mac yang lalu telah diadakan mesyuarat di antara pihak sekolah, Majlis Tertinggi (MT) dan Ketua-ketua Bahagian. Mesyuarat tersebut telah diadakan di bilik mesyuarat SMK Sri Nangka dan dihadiri seramai 17 orang ahli mesyuarat.

    Setelah selesai membentangkan laporan perkembangan gerak kerja setiap AJK, pihak sekolah telah membawa ahli mesyuarat semua untuk meninjau persekitaran sekolah yang menjadi pilihan KRIS '09 kali ini. Mudah-mudahan segala urusan dipermudahkannya, InsyaAllah...(^_^)

    Mesyuarat MT-Pengisian KRIS Tuaran...




    Tuaran - Pada 10 Mac baru-baru ini telah diadakan mesyuarat dia antara Majlis Tertinggi (MT) dan AJK Pengisian program KRIS Tuaran. Seramai 11 orang telah menghadiri mesyuarat ini yang telah dipengerusikan sendiri oleh pengarah program Sdra Muhd Feiz. Berikut adalah agenda mesyuarat pada malam tersebut :

    Agenda Mesyuarat :

    Buka Majlis
    Tazkirah
    Pembentangan Tentatif
    Pembentangan LDK & Fasilitator
    Pembentangan Explorace
    Hal-hal berbangkit

    Wednesday, March 11, 2009

    Tentatif KRIS Tuaran '09

    Hari pertama

    Petang
    : Taklimat

    Maghrib
    : Solat maghrib
    : Kuliah maghrib (Niat)

    Malam
    : Solat Isyak
    : Kuliah Dasar 1 (Akidah)
    : LDK1 (1-Ta'aruf, 2- ldk akidah)
    : Bacaan surah Al-Mulk
    : Himpun Daya

    Hari Kedua

    Pagi
    : Qiamullail
    : Solat Subuh
    : Al-ma'thurat
    : Kuliah subuh ( Ukhuwwah)
    : Riadah
    : Kuliah Dasar 2 (Ibadah)
    : LDK2

    Tengah hari
    : Solat Zohor

    Petang
    : Kuliah Dasar 3 (Akhlak)
    : LDK3

    Maghrib
    : Solat maghrib
    : Kuliah maghrib (Slot khas-The beauty of Islam)

    Malam
    : Solat Isyak
    : Malam penghayatan
    : LDK extra (respon peserta selepas slot penghayatan)
    : Bacaan surah Al-Mulk
    : Himpun daya

    Hari Ketiga

    Pagi
    : Qiamullail
    : Tazkirah ringkas(Dibuat berasingan muslimin muslimat)
    : X-plorace
    : Slot muhasabah program
    : Resolusi
    : Majlis penutupan.............

    Monday, March 9, 2009

    Mesyuarat Pertama KRIS Tuaran...


    Tuaran - Pada 06 Mac baru-baru ini telah diadakan mesyuarat Pertama Kem Remaja Islam (KRIS) kawasan Tuaran. Seramai 47 orang ahli jawatankuasa dan majlis tertinggi KRIS telah menghadiri mesyuarat ini termasuk Setiausaha dan wakil Exco Pembangunan Pelajar PSS pusat. Berikut adalah sedikit perjalanan mesyuarat pertama KRIS Tuaran.

    Agenda Mesyuarat :

    • Buka Majlis
    • Tazkirah
    • Pengenalan Program
    • Perlantikan AJK dan pemantau
    • Penjelasan Tugas setiap bahagian
    • Perkembangan Program dan pelan tindakan
    • Hal-hal berbangkit

    Pengenalan Program :

    • Tempat : SMK Sri Nangka
    • Tarikh : 03-05 April 2009
    • Peserta : 150 orang pelajar tingkatan 4-6 sekitar Tuaran
    • Tema program : "The Beauty Of Islam"
    • Yuran peserta : RM 5, Yuran AJK : RM 10

    Pesanan :

    - Perhatian kepada setiap AJK yang telah dilantik agar dapat mengadakan mesyuarat dalam kalangan AJK bersama ahli masing2.

    - Mesyuarat MT bersama Ketua atau wakil AJK seterusnya akan diadakan pada 16 Mac 2009, jam 2 petang, di Masjid Tuaran.

    - Mesyuarat MT dan AJK Pengisian akan diadakan pada 10 Mac 2009, 8.30 Malam, Surau IPG Kent.

    - Sebarang masalah bolehlah terus menghubungi :

    • Pengarah (Sdra Feiz) : 0148618269
    • T. Pengarah (Sdri Syima) : 0148621237

    Wednesday, March 4, 2009

    Mesyuarat MT KRIS Tuaran...



    Tuaran - Pada 04 Mac baru-baru ini telah diadakan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) KRIS bagi membincangkan beberapa agenda...Mesyuarat ini di hadiri oleh semua MT KRIS Tuaran termasuk Setiausaha dan wakil Exco Pembangunan Pelajar PSS pusat...Mudah-mudahan segala persiapan dan perancangan KRIS Tuaran ini dipermudahkanNya...Wallahua'lam...